Terima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan anda mungkin bebas ke mana-mana sahaja. Itu kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada seluruh rakyat negara ini petang Khamis.
Menurutnya, sebagai pemegang Sijil Digital Suntikan Vaksin COVID-19, seseorang individu itu dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri.